| |
|
|
|
|
Versi |
Laman web ini merujuk Dajal-dajal atau Nas sebagai Golongan Atas, Golongan Islam Sebenar, Bangsa Bercahaya atau Bangsa Bersinar secara tukar ganti. |
|
Kerana yom didalam bahasa-bahasa berasal dari Aramaik boleh bermakna hari, bulan atau tahun, mathematiks digunakan untuk mendapat maksud yom didalam Kitab-kitab. Laman web ini menggunakan hari jika maksudnya ialah hari, 'hari' jika maksudnya ialah bulan dan "hari" jika maksudnya ialah lebih sebulan atau tahun. |
SEJARAH KERAJAAN-KERAJAAN SYURGA Dari yang pertama hingga yang terakhir. |
JENIS-JENIS KERAJAAN SYURGA.Umat Manusia Dihadiahkan Kerajaan Syurga oleh ILLH semasa Hari Pengadilan Sebelum Dunia ini. Semua Kerajaan-kerajaan Syurga kecuali yang terakhir bersifat tidak kekal. Terdapat tiga jenis Kerajaan Syurga untuk Umat Manusia;
1. Kerajaan Syurga untuk Ramai ('Ayu atau Sayang Ramai [Kebenaran]' kod: 13 - IS, ZI, J, MHMD, dll)
Kerajaan Syurga untuk Ramai Dikurniakan apabila ramai yang menganut Kebenaran. Contohnya ialah Kerajaan Syurga Awa dan Adm dan Kerajaan Syurga Putri Bidadari Daod. Kerajaan Syurga jenis ini tidak kekal dan Ditarik balik apabila ramai menyembah 'tuhan-tuhan' palsu dan tidak lagi mematuhi hanya Hukum Agung.
2. "Kerajaan Syurga" ('Sayang' kod: 1 - I, MH, YSI, dll).
Kerajaan Syurga jenis ini adalah 'persendirian' dan hanya Dikurniakan sekali sahaja kepada Permaisuri Bidadari YSI ('Kerajaan Syurga') Ilmsih. Ia adalah sebahagian dari Keajaiban Besar yang terkandung didalam Perjanjian Keempat yang diambil oleh YSI Ilmsih.
3. Kerajaan Syurga Agung ('Baik Ayu [Perjanjian Kelima]' kod: 01131 - ISLM, ZION, MELAYU, JNH, JON, MHMD HSN, dll).
Ini ialah Kerajaan Syurga terakhir dan selama-lamanya yang akan Dikurniakan kepada semua Umat Manusia diAkhir Dunia setelah pelaksanaan aktiviti dikontrakkan utama Perjanjian Kelima oleh Anak lelaki Adm (HSNA). Kerajaan Syurga Agung juga dipanggil "Kerajaan Syurga Paling Cantik Yang Tidak Dituntut" kerana tidak ada roh yang tampil menuntut apabila ia mula-mula ditawarkan semasa Hari Perjanjian-perjanjian. Anak lelaki Adm (HSNA) hanya tampil selepas Permaisuri Bidadari ditambah kepada Hadiah-hadiah Perjanjian Kelima.
Umat Manusia Dihadiahkan Kerajaan Syurga pada Hari Pengadilan Sebelum Dunia ini. Umat Manusia Dicipta didalam Syurga dengan Adm dan Awa sebagai Manusia lelaki dan perempuan pertama. Kerajaan Syurga yang pertama Dikurniakan ialah Kerajaan Syurga Awa dan Adm. Apabila majoriti penduduk tempat yang sekarang ini Israel menganut Kebenaran ('Kerajaan Syurga untuk Ramai') semasa zaman Rsolh Putri Bidadari Daod, ILLH Mengurniakan Kerajaan Syurga disana. Rsolh Permaisuri Bidadari YSI Dikurniakan Kerajaan Syurga 'persendirian' dibawah Perjanjian Keempat semasa dia berada didunia dan kemudiannya Syurga. Dibawah adalah senarai lengkap Kerajaan-kerajaan Syurga;
1. KERAJAAN SYURGA AWA DAN ADM.
Kerajaan Syurga pertama Dikurniakan didalam Syurga dengan Awa dan Adm sebagai Permaisuri dan Rajanya. Apabila Awa dan Adm Dipindahkan kebumi, Kerajaan Syurga itu berterusan untuk beberapa abad walaupun agak berkurang ciri-ciri syurgawinya. Apabila ramai keturunan Adm disesatkan orang-orang keturunan Iblis (dajal-dajal), Kerajaan ini semakin merosot. Banjir Besar dizaman Noh mungkin untuk menahan Kerajaan itu dari merosot terus dengan mengurangkan Umat Manusia yang telah disesatkan dan dajal-dajal yang menyesatkan. Bagaimanapun, beberapa dajal-dajal berjaya menumpang kapal Noh. Kerajaan itu hilang apabila dajal-dajal menyesatkan ramai Umat Manusia selepas kematian Noh. Inilah kali pertama dajal-dajal berjaya menyembunyikan Kerajaan Syurga dengan menyesatkan majoriti Umat Manusia untuk menyembah tuhan-tuhan fiksyen. Selepas itu, dajal-dajal mengasaskan tamadun (kerajaan Jahat) pertama mereka diMesopotamia.2. KERAJAAN SYURGA DAOD.
Rsolh Putri Bidadari Daod yang sangat seksi ('apabila dia menyanyi, burung-burung berhenti menyanyi dan mendengar nyanyiannya') dan berani berjaya membuat majoriti penduduk tempatnya menganut Kebenaran setelah beliau mengalahkan Galot (mungkin Galot terpegun dan terlalu terangsang melihat buah dadanya [susunya] yang sangat cantik). ILLH Mengurniakan Kerajaan Syurga dikawasan yang sekarang ini Israel. Kerajaannya diwarisi oleh anak lelakinya, Rsolh Slimn, seorang Rsolh Perjanjian Kedua yang tidak mengajar. Kerajaan Syurga itu meningkat diawal pemerintahan Slimn. Ia merosot diakhir pemerintahannya apabila dajal-dajal menyesatkan ramai penduduknya. Akhirnya, Kerajaan Syurga itu hilang setelah Slimn meninggal dunia. Ilqrin menyatakan Umat Manusia Israel kehilangan Kerajaan Syurga ini kerana mereka gagal menjaga Kitab-kitab (asal) mereka.3. KERAJAAN SYURGA SEPI YSI.
Rsolh Permaisuri Bidadari YSI Dikurniakan Kerajaan Syurga sejak lahir. Kerajaan Syurga ini adalah sebahagian dari Keajaiban Besar yang terkandung didalam Perjanjian Keempat. Semasa didunia ini, beliau didalam 'Limpah Kurnia' ILLH iaitu Kerajaan Syurga 'persendirian'. Kerajaan Syurga itu, walaupun persendirian, adalah Kerajaan Syurga bertaraf sangat tinggi. Beliau sudah boleh bertutur sejak beliau didalam buaian lagi, membesar menjadi gadis paling cantik selamanya. Beliau Dipindahkan keSyurga sebenar (IDN) apabila berumur lebih kurang 19-22 tahun. Terdapat penuaan didalam Kerajaan Syurga ini ketika ia didalam dunia ini.4. KERAJAAN SYURGA AGUNG ZION (MLKA KBIR) HSN, YSI ANGGELLIA DAN YSI ILMSIH.
Dunia akan dibersihkan dari segala kejahatan dan menjadi syurgawi diAkhir Dunia. Kerajaan Syurga Agung ini akan menjadi Kerajaan Syurga terakhir dan selama-lamanya. Ia akan memerintah dibumi untuk kurang dari setahun, diPintu Syurga (Babi) untuk lebih kurang seribu tahun (waktu tempatan disana) dan akhirnya, diSyurga (IDN) untuk selama-lamanya. Perkara-perkara menjadi semakin syurgawi sehingga Kerajaan Syurga Agung ini Dipindahkan keSyurga (IDN).
CATATAN : Iblis telah lama bercita-cita untuk merampas Kerajaan Syurga Agung Zion yang terakhir dan selama-lama ini. Mereka telah mengontrakkan dajal-dajal untuk melakukannya dengan Perjanjian-perjanjian Jahat. Apabila mereka dilepaskan dari penjara mereka, mereka akan mendapati tiada Kerajaan Syurga dibumi ini. Dajal-dajal akan hanya boleh menunjukkan mereka 'syurga palsu' yang tidak syurgawi, Utopia Putrajaya. Tentulah Iblis akan tersangat marah kerana mereka telah melihat Kerajaan Syurga Awa dan Adm dan raja mereka, Azazil, pernah berada diSyurga (IDN).
NOTA : Dajal-dajal berbohong yang orang-orang Israel adalah yang dipilih untuk Kerajaan Syurga Agung Zion. Sebenarnya, Zion (Anak lelaki Adm [HSNA]) ialah yang Terpilih dan semua Umat Manusia (termasuk semua Umat Manusia Israel, kecuali Permaisuri Bidadari YSI Ilmsih) yang dipilihnya adalah orang-orang Zion (Melayu, Islm, Jnh, dll). YSI Anggellia dan YSI Ilmsih diPilih oleh ILLH, bukan Zion. Orang-orang pilihan Zion adalah juga orang-orang Pilihan ILLH kerana Zion akan memilih menggunakan Penghakiman ILLH. Kerajaan Syurga Sepi Permaisuri Bidadari YSI Ilmsih tidak boleh memilih orang-orang yang akan berada didalamnya kerana YSI Ilmsih bukan pelaksana Penghakiman ILLH. Walaupun Kerajaan Syurga Permaisuri Bidadari YSI Ilmsih sepi, Permaisuri Bidadari YSI Ilmsih sama sekali tidak kesunyian. ILLH, para Mlykt dan 'Co' berada didalam Syurga dengannya
KERAJAAN SYURGA YANG UTAMANYA ADALAH BERKENAAN HORMAT DIRI Dan sedikit tentang Kerajaan Syurga yang pertama. |
ILLH tidak pernah Mewajibkan sebarang Ciptaan utamanya untuk menghormatiNya tetapi akan Menarik balik Kerajaan Syurga jika majoriti penduduk menunjukkan tidak hormat kepada ILLH dan diri mereka sendiri. Raja atau Permaisuri perlu memastikan majoriti penduduknya tidak menyembah 'tuhan-tuhan' palsu kerana ini akan menunjukkan tidak hormat kepada ILLH tetapi tidak perlu memastikan yang majoriti penduduknya menyembah ILLH. Sebarang undang-undang baru untuk dan oleh penduduknya akan menunjukkan mereka tidak hormat kepada diri mereka dan ILLH kerana ini akan membuat seolah-olah Perjanjian-perjanjian yang mereka buat dengan ILLH hanyalah sampah. Raja atau Permaisuri Kerajaan Syurga juga perlu memastikan tidak ada undang-undang baru didalam Kerajaannya. Raja atau Permaisuri Kerajaan Syurga, walaupun kelihatan sangat berkuasa, adalah sangat tidak berkuasa* kerana Kerajaan Syurga (Kebenaran) tidak mempunyai sebarang undang-undang sendiri. Menunjukkan hormat kepada Raja dan Permaisuri Kerajaan Syurga (atau sesiapa saja) tidak membuat sesiapa menyerah (submit) kepadanya. Iblis dan dajal-dajal sebenarnya mengetahui ini tetapi gagal untuk benar-benar memahaminya kerana mereka terlalu tamak dengan kuasa. Mereka memanipulasi ini untuk menafikan Umat Manusia dari Kerajaan Syurga.
Sebenarnya, ILLH sangat Pemurah, Mengurniakan Kerajaan Syurga kepada semua Ciptaan-ciptaannya tanpa sebarang syarat selain dari menunjukkan hormat dengan tunduk kepada bakal Permaisuri dan Raja Kerajaan Syurga pertama dengan tunduk kepada Awa dan Adm. Awa dan Adm tunduk kepada mereka kembali, menunjukkan hormat kepada mereka. Awa dan Adm menjadi Permaisuri dan Raja mungkin kerana Manusia ialah yang tertinggi diantara Ciptaan-ciptaan utamaNya. Hingga Iblis dan dajal-dajal yang telah didapati bersalah akan Diampunkan jika mereka menunjukkan hormat kepada Awa dan Adm. Tetapi Iblis yang berkuasa didunia sebelum itu dan dajal-dajal yang terlalu tamak untuk kuasa menolak. Mereka Dilaknat ILLH kerana mereka menolak pemberian ILLH cuma kerana mereka tidak akan mempunyai kuasa (tidak ada siapa yang akan mempunyai kuasa keatas yang lain didalam Kerajaan Syurga). ILLH telah begitu Bermurah kepada Iblis dan dajal-dajal, membenarkan mereka untuk berada didalam Kerajaan Syurga selepas mereka didapati bersalah didalam PenghakimanNya. Menolak tawaran untuk berada didalam Kerajaan Syurga adalah satu perbuatan kurang ajar sangat besar kepada ILLH.ILLH Memberitahu Adm supaya tidak memanjat dan memetik buah dari sebatang pokok, mungkin untuk Melatih Adm untuk menggunakan akalnya (mungkin kerana Kerajaannya akan Dipindahkan kedunia yang lebih mencabar tidak lama lagi). Azazil (Raja Iblis) yang telah menyelinap masuk kedalam Kerajaannya memujuk Awa (Permaisuri) untuk menyuruh Adm memanjat pokok itu dan memetik buah-buahnya. Adm yang sangat mencintai Awa yang sangat seksi gagal untuk menggunakan akalnya dan akhirnya memanjat pokok itu dan memetik buah-buahnya. Sebenarnya, Adm tidak perlu memanjat pokok itu dan memetik buah-buahnya. Dia sepatutnya cuma berhajat untuk mendapat buah-buah pokok itu. Kerana ILLH Memenuhi semua permintaan mudah didalam Kerajaan Syurga yang tinggi tarafnya seperti Kerajaannya. Bagaimanapun, Adm meminta maaf dan ILLH Memberikannya kod-kod (Kod Kurnia) dan Memindahkan Kerajaannya kedunia yang baru Diciptanya. Adm kehilangan kod-kod itu, dicuri oleh Qbl (Cain) dajal pertama anak Azazil. Episod ini juga menunjukkan dengan jelas yang Awa ada lebih tinggi tarafnya dari Adm (Awa memerintahkan Adm untuk memanjat pokok itu).
Adm tidak bersalah didalam episod ini kerana memanjat pokot itu dan memetik buahnya tidak terdapat didalam sebarang Perjanjian-perjanjian yang dia buat dengan ILLH (dia mempunyai dua Perjanjian-perjanjian dengan ILLH, Perjanjian Pertama dan Kedua seperti yang diambil oleh orang-orang lain, dan ILLH tidak pernah Mengajukan sebarang Perjanjian selepas Hari Perjanjian-perjanjian). Dajal-dajal membohongi Umat Manusia yang Adm bersalah didalam episod ini. Kerajaan Syurganya Dipindahkan kedunia kerana ILLH Mahukan ia didalam dunia yang baru Diciptanya, bukan kerana Dihukum untuk sebarang kesalahan (dia hanya boleh bersalah jika dia mencederakan atau membunuh Awa, seorang Rsolh Perjanjian Ketiga). Adm tidak boleh bersalah atas apa-apa kerana ILLH telah Menurunkan PenghakimanNya (Adm tidak didapati bersalah dan Dijadikan raja Kerajaan Syurga pertama) dan tidak akan Menurunkan Penghakiman lagi. Ini mungkin kerana diSyurga tidak ada pembiakan (tiada anak Awa dan Adm keluar diSyurga). Kerajaan Syurganya berterusan diatas bumi, walaupun kurang ciri-ciri syurgawinya. Ia hanya hilang selepas zaman Noh apabila majoriti penduduknya disesatkan dajal-dajal untuk menyembah 'tuhan-tuhan' palsu.
CATATAN : * Tetapi Kitab-kitab menerangkan yang Anak lelaki Adm (HSNA) akan menjadi raja yang sangat berkuasa. Bagaimana dia boleh menjadi sangat berkuasa tanpa undang-undang? Sebenarnya, undang-undang dan peraturan-peraturan boleh menyebabkan kebencian. Dan kebencian yang meluap-luap boleh menyebabkan pemberontakan. Anak lelaki Adm (HSNA) akan menjadi raja kerajaan orang-orang yang paling berkuasa didalam sejarah bukan kerana undang-undang tetapi kerana kasih sayang. Dan tidak ada siapa (kecuali Iblis dan dajal-dajal) akan memberontak melawan kasih sayang. Dia akan menjadi orang yang paling disayangi didalam Kerajaan Syurga Agung. Umat Manusia akan menurut 'cakapnya' ('kata' didalam Kesaksian Lama bukan 'perintah' tetapi 'cakap'. 'Kata' adalah satu perkataan didalam Bahasa Zion) kerana mereka menyayanginya. Umat Manusia akan mengingati yang penderitaan-penderitaan dan pengorbanan-pengorbanannya diDunia Lama adalah kerana kasih sayangnya keatas mereka.
Umat Manusia akan mengingati yang mereka tidak disentuh Neraka kerana kasih sayangnya keatas mereka. Dia mungkin adalah satu-satunya orang diDunia Lama yang tahu Neraka ('Kebencian') tidak akan menyentuh siapa pun yang dikasihi orang yang paling mengasihi paling ramai orang. Dia adalah satu-satunya orang yang boleh membawa semua Umat Manusia keSyurga. Lagipun, semua Umat Manusia akan sangat mengasihi Tuhan mereka, ISLOWHORN. Dan Anak lelaki Adm (HSNA) adalah Imej terbesar ISLOWHORN. Bagaimanapun, Anak lelaki Adm (HSNA) akan menjadi raja kerana dia memberontak menentang dajal-dajal dan undang-undang serta peraturan-peraturan ciptaan mereka disebabkan kasih sayangnya keatas semua Umat Manusia (dan dia mempunyai kaedah untuk melakukannya [Perjanjian Kelima]). Sekarang bayangkan kenapa Hukum Agung sangat mudah dan ILLH tidak akan Melaksanakan PenghakimanNya Sendiri (tetapi mewakilkannya). Sudah tentu 'yang Sungguh Mengasihi' Tahu yang Kasih sayang adalah jauh lebih berkuasa dari Undang-undang.
Sebenarnya, Anak lelaki Adm (HSNA) tidak akan 'memerintah' Kerajaan Syurga Agung tetapi ISLOWHORN yang akan Memerintah. Inilah sebabnya Kerajaan Syurga Agung dipanggil Kerajaan Tuhan. Anak lelaki Adm (HSNA) hanya Wakil ISLOWHORN didalam Kerajaan Tuhan.
NOTA : Kerajaan-kerajaan Syurga 'diatas bumi' (tahap terendah), 'didalam Pintu Syurga' dan 'didalam Syurga' adalah berbeza. Perbezaan ini adalah sebab kenapa Adm boleh menyuruh HBL (Abel) dan QBL (Cain) mencari Syurga.
KERAJAAN SYURGA AGUNG ZION Kerajaan Syurga yang terakhir dan selama-lamanya. |
Kerajaan Syurga Agung Zion ialah Kerajaan Syurga terakhir dan selama-lamanya yang akan Dikurniakan diAkhir Dunia setelah pelaksanaan aktiviti dikontrakkan utama Perjanjian Kelima (pelaksanaan Penghakiman ILLH). Ia akan memerintah dibumi diAkhir Dunia selama lebih kurang satu tahun, diPintu Syurga (Babi) selama lebih kurang seribu tahun dan diSyurga (Idn) untuk selama-lamanya. Ia akan hanya mempunyai seorang raja (Anak lelaki Adm [HSNA]), dua orang permaisuri (YSI Anggellia dan YSI Ilmsih) dan seekor anjing didalam keluarga dirajanya. Bakal anak-anak raja dan permaisuri (jika ada) tidak akan menjadi sebahagian dari keluarga diraja (mereka tidak akan dipanggil 'putra atau putri'). Gelaran untuk raja ialah MLKSDQ atau MLKQDS ('Raja Baik') dan gelaran untuk permaisuri-permaisuri ialah GVERHA ('Wanita Terutama').
Kerajaan Syurga Agung Zion tidak akan mempunyai undang-undang sendiri (perkara kejahatan [Nas]) dan hanya mengiktiraf Hukum Agung yang dibuat ILLH dan semua orang (Perjanjian-perjanjian). "Kamu tidak boleh mengikut undang-undang negara-negara Kami Musnahkan sebelum kamu (Kerajaan Syurga Agung) kerana mereka berbuat semua perkara yang Kami benci" Levi 20:23. "Hanya ada Satu Hakim, yang mempunyai Kuasa untuk mengadakan dan meniadakan; Siapakah kamu untuk menghakimi yang lain?" James 4:12. "Siapa yang boleh menghakimi lebih baik dari ILLH untuk bangsa yang yakin (kepada ILLH)?" Ilqrin 5:50. Kerajaan Syurga Agung ini akan 'tanpa kertas' dan tidak mempunyai pegawai-pegawai kecuali raja dan permaisuri. Raja dan permaisuri tidak akan mempunyai undang-undang yang boleh digunakan keatas yang lain. Tidak seperti tanggapan umum yang ketiadaan undang-undang untuk dan oleh orang akan mendatangkan huru-hara, sebenarnya ia akan mendatangkan keamanan sebenar (anda boleh memahami ini jika anda memahami Kuasa ILLH).
Umat Manusia akan terus membiak diPintu Syurga sehingga bilangannya sama dengan bilangan Umat Manusia yang rohnya mengambil Perjanjian Pertama. Kami tidak tahu samada kaum wanita masih mengandungkan anak-anak diPintu Syurga (Awa tidak pernah mengandungkan atau membesarkan anak-anaknya). Tidak akan ada pembiakan Umat Manusia lagi apabila Kerajaan Syurga Agung ini Dipindahkan keSyurga (IDN) selepas Pintu Syurga (BABI). Tidak akan ada perkahwinan berkontrak untuk dan oleh orang didalam Kerajaan Syurga Agung ini. Kerajaan Syurga Agung ini hanya mengiktiraf dua perkahwinan berkontrak iaitu untuk Permaisuri Bidadari YSI Anggellia dan Permaisuri Bidadari YSI Ilmsih setia hanya kepada Anak lelaki Adm (HSNA) yang Diperbuat oleh ILLH. Kanak-kanak yang lahir didalam Kerajaan Syurga Agung adalah seperti apa yang dipanggil 'anak haram' didunia lama. Semua kanak-kanak dilahirkan adalah sah kerana mereka mempunyai Perjanjian Pertama dengan ILLH. Tidak terdapat tangisan, kesakitan atau kematian didalam Kerajaan Syurga Agung ini. Kerajaan Syurga Agung ini akan dipenuhi Kegembiraan.
ILLH akan terus berada berdekatan dengan Umat Manusia selama-lamanya. ILLH akan juga terus Menaikkan taraf syurgawi Kerajaan Syurga Agung ini sehingga ia Dipindahkan keSyurga (IDN). Dajal-dajal berbohong yang ILLH Suka tempat-tempat ibadat dan ziarah keagamaan (perkara-perkara kejahatan [Nas]). Malah raja Kerajaan Syurga Agung ini menghancurkan tempat-tempat begitu sebelum ia tiba. Tidak akan ada tempat-tempat ibadat atau ziarah keagamaan didalam Kerajaan Syurga Agung ini. Menyembah ILLH tidak diwajibkan dan persendirian. Bagaimanapun, Umat Manusia perlu memanggil ILLH dengan Nama baru dan tertinggi, ISLOWHORN (YSI SLOWHORN, ISLHON, ISLMS, ZIONS, dll) didalam Kerajaan Syurga Agung ini.
CATATAN : Kerajaan-kerajaan Syurga sebelum Kerajaan Syurga Agung Zion tidak pernah sempurna; permaisuri mempunyai Perjanjian lebih tinggi semasa Awa dan Adm, hanya seorang permaisuri semasa Rsolh Putri Daod dan hanya seorang raja semasa Rsolh Slimn.
Nota : ILLH akan Berada diatas kotaraya-super SLM setelah Umat Manusia Dipindahkan keBabi.
IBLIS DAN DAJAL-DAJAL TIDAK SESUAI UNTUK BERADA DIDALAM KERAJAAN SYURGA AGUNG ZION - MEREKA TIDAK MEMPUNYAI HORMAT DIRI.
Iblis dan dajal-dajal adalah terlalu tamak bodoh untuk kuasa. Mereka telah berlagak seolah-olah mereka lebih berkuasa dari ILLH. ILLH tidak pernah Mewajibkan Ciptaan-ciptaan utamanya untuk menghormatinya. ILLH tidak pernah Mewajibkan Ciptaan-ciptaan utamanya untuk menyerah (submit) kepadaNya atau menyembahNya. ILLH tidak pernah Mencipta sesiapa tanpa persetujuannya. ILLH tidak pernah Mengenakan undang-undang keatas sesiapa tanpa persetujuannya. ILLH tidak pernah Memaksa hormat dari Ciptaan-ciptaanya tetapi Hormat kepada Ciptaan-ciptaanNya (sehingga mereka menunjukkan tidak hormat kepadaNya). Ini yang akan membuat ILLH Paling Dihormati. ILLH tidak pernah Memaksa sayang dari Ciptaan-ciptaanNya tetapi Sayang Ciptaan-ciptaannya (sehingga mereka menunjukkan kebencian kepadanya). Ini yang akan membuat ILLH Paling Disayangi. Sebenarnya, semua ini yang membuat ILLH sangat Berkuasa, malah Paling Berkuasa.Sekarang lihat Iblis dan dajal-dajal. Mereka merebut sebarang peluang untuk menafikan yang lain dari kemudahan-kemudahan. Dan mereka mencipta alternatif-alternatif yang sangat tidak setanding supaya mereka mempunyai kuasa atas yang lain. Mereka tahu yang Kerajaan Syurga akan Ditarik balik jika majoriti penduduk menunjukkan tidak hormat kepada diri mereka sendiri dan ILLH. Mereka mencipta 'tuhan-tuhan' dan 'undang-undang' untuk yang lain berserah untuk membuat Kerajaan Syurga Ditarik balik supaya mereka mempunyai kuasa keatas yang lain. Mereka mencipta agama-agama dan tamadun-tamadun (negara-negara) untuk memastikan yang mereka terus berkuasa. Dalam ketamakan mereka terhadap kuasa, mereka sampai tidak menghormati perkataan-perkataan mereka sendiri kepada ILLH dengan menyorokkan dan merosakkan Kitab-kitab ILLH. Malah, banyak kali mereka menyeksa atau membunuh Umat Manusia untuk memperoleh atau menjaga kuasa mereka.
Tentulah, undang-undang ciptaan mereka tidak pernah mendapat persetujuan dari setiap dan semua orang yang akan dikenakan keatas mereka. Banyak kali mereka berbohong yang setengah undang-undang datang dari ILLH (tentulah mereka menyembunyikan Nama ILLH). Mereka tahu yang ILLH Mengatakan rumah-rumah ibadat adalah perkara-perkara kejahatan. Mereka membohongi yang lain untuk membina rumah-rumah ibadat untuk menyembah 'tuhan-tuhan' fiksyen ciptaan mereka. Dan banyak lagi. Mereka mencipta kesengsaraan kepada yang lain supaya mereka mempunyai kuasa keatas yang lain. Mereka boleh hidup didalam Kerajaan Syurga dengan semua yang lain dan semua kemudahan-kemudahan tetapi mereka memilih untuk hidup tanpanya, hanya kerana untuk kuasa keatas yang lain. Mereka tidak hanya mahukan hormat tetapi penyerahan oleh yang lain.
Zion (Anak lelaki Adm [HSNA]) tidak berkata apa untuk Kerajaan-kerajaan Syurga yang lalu. Tetapi Zion boleh berkata ini; "Mereka tidak sesuai untuk berada didalam Kerajaan Syurga Agung Zion yang terakhir dan selama-lamanya. Kerajaan Syurga Agung Zion ialah untuk mereka yang mahu berkongsi dengan yang lain dan hormat semua, bukan mereka yang tamak yang tidak mempunyai walau hormat diri tetapi mahukan kuasa keatas yang lain. Sayang ialah berkenaan saling berkongsi dan menghormati". Zion mempunyai pilihan samada untuk membenarkan mereka kedalam Kerajaannya atau memusnahkan mereka. Dari keadaan-keadaan sekarang, Zion lebih condong kepada pilihan kedua. Satu-satunya jalan yang tinggal untuk membuat mereka sesuai berada didalam Zion ialah dengan mereka mengumumkan (berkongsi dengan yang lain) Nama Tuhan dan Kebenaran, dengan itu membatalkan Perjanjian-perjanjian Jahat.
Kami tidak tahu kenapa dajal-dajal dungu masih tamak menyembunyikan Kebenaran ('Kerajaan Syurga untuk Ramai') dari Umat Manusia setelah mereka gagal teruk untuk menghapuskan semua Umat Manusia. Kerana Kerajaan Syurga Agung Zion akan Dikurniakan bukan kerana ramai yang akan menganut Kebenaran ('Kerajaan Syurga untuk Ramai'). Ia akan Dikurniakan kerana seorang Manusia akan menghancurkan semua dajal-dajal dan Iblis yang menyembunyikan Kebenaran ('Kerajaan Syurga untuk Ramai').
NOTA : Kerajaan Syurga Agung Zion terakhir dan selama-lamanya akan Dikurniakan mungkin secepat mungkin jika dajal-dajal mengumumkan Nama Tuhan dan Kebenaran walaupun majoriti penduduk dunia masih tunduk kepada 'tuhan-tuhan' dan 'undang-undang dan peraturan-peraturan' fiksyen. Ini adalah kerana bakal raja Kerajaan Syurga Agung Zion diberikuasa dibawah Perjanjian Kelima untuk mengampunkan mereka yang bersalah didalam Penghakiman ILLH (semua dajal-dajal dan Iblis). Tetapi Kitab-kitab tidak mengatakan yang ini akan berlaku. Dajal-dajal (seperti bos-bos mereka, Iblis, dahulu) masih terlalu bodoh tamak untuk kuasa. Iblis yang sangat bodoh pernah menolak Kerajaan Syurga dahulu dan ia tidak akan mengejutkan yang dajal-dajal dungu keturunan mereka akan menolak tawaran pengampunan ini. Mereka masih tidak faham yang didalam Kerajaan Syurga Agung Zion tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa keatas yang lain.Haiwan-haiwan akan juga terlalu gembira apabila Kerajaan Syurga Agung Zion tiba. Mereka telah lama teruk menderita sejak Kerajaan Syurga Awa dan Adm hilang disebabkan ketamakan dajal-dajal dan Iblis. Mereka akan tahu lebih dahulu dari kebanyakan Umat Manusia (yang terlalu dibohongi dajal-dajal) yang Zion telah tiba. Malah, ramai Umat Manusia akan mendapat tahu yang Zion telah tiba selepas melihat kegembiraan haiwan-haiwan. Hari-hari menyembelih haiwan untuk dijadikan makanan tamat apabila Zion tiba. Mereka akan tidak hanya menunjukkan sayang, tetapi hormat mereka kepada Umat Manusia. Tentulah, Umat Manusia akan menunjukkan sayang dan hormat kepada mereka kembali. Dunia akan bebas dari spesis-spesis jahat yang bukan hanya tidak hormat kepada yang lain, tetapi kepada diri mereka sendiri.
PERPINDAHAN BESAR KEPINTU SYURGA (BABI) Kotaraya SLM akan datang mengambil semua Umat Manusia. |
"Pada hari-hari itu Kami Mengumpul mereka yang hormat kepada yang Sungguh Pemurah dengan kehormatan. Dan Kami Menghalau mereka yang Bersalah keNeraka jahanam seperti sekumpulan binatang kehausan" Ilqrin 19:85-86. "Orang-orang yang hormat kepada Tuhan akan dipimpin kedalam JNH (Kerajaan Syurga Agung) berbondong-bondong..." Ilqrin 39:73. "Mereka berkata; Puji-puji bagi ILLH yang telah Menepati janjiNya dan Mewariskan bumi-bumi kepada kami..." Ilqrin 39:74. "Kamu akan melihat kotaraya baru SLM (dan bumi barunya) yang indah turun dari langit", Petunjuk 21:2 (diperbetulkan). "Untuk mereka disana, buah-buahan dan apa-apa yang mereka kehendaki; SLM, satu perkataan dari Tuhan Yang Sungguh Pengasih", Ilqrin 36:57-58.
Setiap Umat Manusia akan dijaga, dibantu, dipimpin dan dialu-alukan oleh Mlykt-mlykt penjaga mereka keKotaraya SLM semasa Pemindahan Besar ini. Mlykt-mlykt itu akan berkata "Inilah Hari yang diJanjikan (oleh Tuhanmu)" Ilqrin 21:103. Mereka mungkin tidak kelihatan tetapi Umat Manusia akan 'merasa' dan 'mendengar' mereka.
Kenapa ILLH akan Mengumpulkan semua yang menghormati Tuhan mereka setelah Menghantar yang Bersalah (dajal-dajal) keNeraka? ILLH akan Memindahkan dan Mengumpulkan semua Umat Manusia diBabi, tanpa seorang pun tertinggal. Tentulah ILLH Boleh 'memotong dan meletakkan (Cut & Paste)' semua Umat Manusia keBabi dengan cepatnya. Tetapi ini tidak akan menyeronokkan Umat Manusia. Kesaksian-kesaksian menerangkan bumi-bumi Babi datang dan bersatu (merging) dengan Bumi lama ("turun dari langit"). Ia adalah sama seperti Syurga bersatu dengan Bumi atau Neraka dengan Bumi tetapi penyatuan ini kelihatan kepada Umat Manusia. Penyatuan ini adalah bumi-bumi didalam satu sistem alam bukannya diantara sistem-sistem alam yang berlainan. Semua Umat Manusia akan diambil oleh sebuah bumi Babi. Bumi-bumi Babi akan mengambil ('menyauk') Umat Manusia, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan, dll yang berada diBumi.
Sebuah kotaraya dan buminya sekali (dasar kotaraya itu) akan turun mengambil (menyauk) semua Umat Manusia. Apabila kotaraya SLM sudah hampir kepada Manusia, dia akan Dipindahkan kesana sebagaimana Umat Manusia Dipindahkan dari bahaya semasa "Hari" Terbesar. Kerana Umat Manusia boleh terbang ketika itu, ramai akan terbang kesana. Ia mampu menempatkan lebih sepuluh billion Umat Manusia (termasuk yang telah mati dan dibangkitkan semula). Umat Manusia akan menyaksikan Bumi lama dan sistem solarnya dimusnahkan semasa bumi-bumi Babi meninggalkan Bumi lama. Pemindahan ini cepat (beberapa hari) dan tidak menghalang Umat Manusia dari menyaksikan Bumi lama yang telah lama mereka diami dimusnahkan.
Kotaraya SLM sangat canggih ini jauh lebih besar dari benua Asia. Utopia Putrajaya tuhan-tuhan palsu diArmageddon (Perang Besar), Selangor, Malaysia yang akan dimusnahkan menjadi debu adalah terlalu kerdil dan primitif dibandingkan dengan Kotaraya-Super SLM. Berbeza dengan kota-kota buatan orang, kotaraya SLM bukan sahaja mempunyai "reka-bentuk (architecture)" menakjubkan tetapi ia juga mempunyai 'tekstur (texture)' menakjubkan yang sangat diserasikan dengan topografi, alam sekitar, dll. Bahan-bahan binaan asasnya kemungkinan besar bukan simen konkrit, besi, jubin, marmar, batu-bata, kayu, dll seperti yang digunakan untuk membina kota buatan orang tetapi kebanyakannya dari bahan-bahan indah seperti emas dan permata serta bahan-bahan baru yang tidak terdapat didunia sekarang Ciptaan ILLH.
Umat Manusia yang selalu memikirkan ILLH hanya Mencipta bahan-bahan 'mentah' akan terkejut besar dengan barang-barang 'siap' sangat canggih yang Dicipta ILLH diKotaraya SLM. Kami tidak sabar melihat komputer baru yang kami tidak boleh bayangkan sekarang (mungkin komputer itu bersambung dengan otak kami melalui Komputer Besar ILLH diIRC). Dan peralatan-peralatan canggih lain yang kami tidak boleh bayangkan. Satu perkara yang pasti, barang-barang 'siap' Ciptaan ILLH tidak mempunyai kad jaminan (garansi) kerana jaminan tidak diperlukan. Kami tidak mahu satu perkara terjadi kepada kami - terlanggar dinding seperti yang berlaku semasa cuma pembayang kepada Kotaraya SLM beberapa ribu tahun dahulu.Acara besar pertama untuk Umat Manusia diSLM selepas ketibaan mereka ialah sambutan Hari ILLH Tahun Baru (Yom Qym) yang pertama diDunia Baru. Acara ini akan bermula beberapa hari selepas ketibaan mereka. Bagaimanapun, sambutan Hari ILLH Tahun Baru terakhir diDunia Lama pada tahun sebelumnya akan lebih meriah.
Semasa Bumi-bumi Babi beredar, Umat Manusia akan melihat pulau-pulau, gunung-gunung, benua-benua, dll dibumi lama bergerak dari tempatnya sebelum bumi lama berkecai menjadi ellipse dan hilang dari pandangan.
"... APA-APA YANG MEREKA MAHU".
Ayat diatas menerangkan yang ILLH akan Memenuhi "apa-apa yang mereka mahu". Jika makanan yang diminta, makanan yang disediakan adalah lebih sedap dari makanan yang disediakan oleh tukang masak terbaik. Jika rumah yang diminta, rumah yang disediakan adalah lebih cantik dari yang dirancang arkitek terbaik. Jika pakaian yang diminta, pakaian yang disediakan adalah lebih cantik dari yang direka pereka fesyen terbaik.
KEHIDUPAN DIPINTU SYURGA (BABI) Peralihan diantara Dunia Lama dan Syurga. |
"Babi ialah diantara Dunia Lama dan Syurga. Sebilangan perkara-perkara diDunia Lama akan masih terdapat diBabi. Sebilangan perkara-perkara yang terdapat diSyurga tetapi tidak terdapat diDunia Lama akan terdapat diBabi. Babi adalah seperti jambatan peralihan diantara Dunia Lama dan Syurga".Kehidupan diBabi akan sangat berbeza dari kehidupan diDunia Lama kerana ILLH akan Memenuhi keperluan (Bahasa Indonesia 'kebutuhan') Umat Manusia. Jika sebuah rumah diperlukan, Umat Manusia hanya perlu memohon kepada ILLH. Jika makanan diperlukan, Umat Manusia hanya perlu memohon kepada ILLH. Jika pakaian diperlukan, Umat Manusia hanya perlu memohon kepada ILLH. Jika pengangkutan diperlukan, Umat Manusia hanya perlu memohon kepada ILLH. Pada dasarnya, ekonomi ialah tentang 'kegiatan-kegiatan untuk memenuhi permintaan dengan keuntungan sebagai motif utama'. DiBabi tidak akan terdapat kilang kerana barang yang dikeluarkan oleh kilang boleh diperoleh dengan memohon kepada ILLH. DiBabi tidak terdapat bank, hospital, syarikat (perusahaan), pasaraya (swalayan), dan lain-lain jenis perniagaan. Tidak akan terdapat ekonomi diBabi kerana ekonomi tidak lagi relevan.
DiBabi tidak akan terdapat matawang atau lain-lain kaedah pertukaran rasmi kerana tidak terdapat kegiatan ekonomi. Kerajaan Syurga Agung akan juga sangat berbeza dari kerajaan-kerajaan (pemerintahan-pemerintahan) diDunia Lama kerana keadaan-keadaan akan sangat berbeza dari Dunia Lama (tentulah, salah satu perbezaan besar ialah tidak terdapat kejahatan didalam Kerajaan Syurga Agung). Kerajaan Syurga Agung tidak akan mengutip cukai (pajak) dan tidak mempunyai perbendaharaan. Kerana Kerajaan Syurga Agung ini 'tanpa ekonomi' dan tidak mempunyai undang-undang sendiri, ia adalah sebuah kerajaan sosial.
Fungsi utama Kerajaan Syurga Agung ini ialah untuk menyatukan semua Umat Manusia (Imej lelaki ILLH [HSN] dan Imej-imej wanita ILLH [YSI] boleh menyatukan semua Imej-imej kecil tengah ILLH [semua Umat Manusia]). Kerajaan Syurga Agung ini juga berfungsi untuk menangani peralihan dari Dunia Lama kePintu Syurga dan akhirnya dari Pintu Syurga keSyurga. Bagaimanapun, peralihan dari Dunia Lama kePintu Syurga adalah jauh lebih dramatik dari peralihan dari Pintu Syurga keSyurga. Kerajaan Syurga Agung ini juga berfungsi untuk mengajar Kebenaran kepada semua Umat Manusia. GVERHA YSI Anggellia dan GVERHA YSI Ilmsih akan bertanggungjawap untuk ini kerana dia dibawah Perjanjian untuk mengajar.
Apabila semua keperluan (kebutuhan) Umat Manusia dipenuhi, Umat Manusia akan seperti kehilangan satu kegiatan yang dulunya ialah kegiatan asas utama mereka (berkerja meliputi lebihkurang 25% dari masa orang dewasa diDunia Lama). Sebenarnya, ketiadaan kegiatan ekonomi tidak akan membuat Umat Manusia jemu kerana diBabi akan terdapat banyak kegiatan. Keadaan diBabi membuat kegiatan ekonomi tidak lagi diperlukan tetapi Babi menawarkan banyak peluang untuk menggantikan ini. Keluasan Babi adalah lebih seratus kali keluasan bumi lama. Ini sendiri membuka banyak ruang untuk mencipta kegiatan. Umat Manusia akan mendapati ramai Umat Manusia lain untuk kegiatan social mereka. Dan Umat Manusia wanita akan sangat menarik kepada Umat Manusia lelaki dan sebaliknya diBabi. Berkasih sayang dengan yang lain adalah kegiatan utama diBabi.Kerana Umat Manusia akan terus membiak diBabi, pelajaran adalah satu lagi kegiatan utama disana. Bagaimanapun, kanak-kanak yang dilahirkan* didalam Kerajaan Syurga adalah lebih bijak dari kanak-kanak yang dilahirkan diDunia Lama. Sebagai contoh, YSI Ilmsih boleh bertutur semasa dia masih didalam buaian. Tidak akan terdapat sistem pelajaran formal didalam Kerajaan Syurga Agung. Mengajar adalah diatas dasar sukarela. Bahasa Sejagat ('bahasa Adm') akan diajar dan digunakan secara meluas. Selain pelajaran, kegiatan sosial lain didalam Kerajaan Syurga Agung ini termasuk keramaian, sukan, hiburan, riadah, dll. Kerajaan Syurga Agung akan menggalakkan pengeluaran dan persembahan (penyiaran, konsert, dll) daya kreatif Umat Manusia.
CATATAN : Walaupun Babi mempunyai Kotaraya-Super SLM sangat besar, dengan terlampau banyak ruang, kehidupan diBabi adalah 'kehidupan kampong' yang nyaman bukan 'kehidupan kota' yang haru-biru. Tetapi, hakmilik tanah secara peribadi atau kumpulan (negara-negara) tidak diiktiraf diBabi. Kerana Babi akan didiami oleh hanya satu keluarga orang - Keluarga Adm, semua Umat Manusia. Semua Umat Manusia dianggap dan dilayan sama diBabi. Apabila seseorang itu lahir, tanggung jawab membesarkannya dipikul oleh semua yang lain (tentulah ia sebenarnya adalah tanggungjawab ILLH). Nama-nama yang menggambarkan keluarga, taraf, keturunan, dll untuk yang baru lahir tidak diiktiraf (atau digalakkan) diBabi.
Haiwan akan banyak dan jinak diBabi. Salah satu sebab kenapa haiwan-haiwan akan jinak kepada Umat Manusia diBabi ialah mungkin kerana Umat Manusia boleh memohon kepada ILLH makanan sedap-sedap untuk mereka (walaupun makanan mereka banyak diBabi). Tidak seperti didunia lama, haiwan-haiwan juga tidak ganas atau berbisa diBabi.
Nota : Kerajaan Dajal sibuk dengan k-ekonomi untuk Utopia ("syurga palsu") 'tanpa dasar' mereka padahal Pintu Syurga sebenar 'yang mempunyai dasar' adalah 'dunia tanpa ekonomi (taraf ekonomi tertinggi, apabila ekonomi tidak lagi diperlukan)'. Orang-orang yang dipanggil 'pedagang-pedagang tamak' didalam Kesaksian-kesaksian (dajal-dajal) tidak layak untuk menjejakkan kaki didunia tanpa ekonomi. Neraka ialah tempat ekonomi paling rendah. Apabila kekayaan tidak ada didunia penuh dengan orang-orang sangat tamak yang selalu berkira dan gilakan kuasa, hamba abdi adalah satu-satunya objek pertukaran nilai. Kami tidak boleh membayangkan tempat sebegitu.
* 'Dilahirkan' mungkin tidak berapa tepat kerana wanita mungkin tidak lagi mengandungkan anak, seperti Awa (Awa tidak pernah mengandungkan atau membesarkan anak-anaknya).
"Dia Menganugerahkan, kerana mereka sabar, dengan Kerajaan Syurga Agung (JNH) dan sutera.
Sedang mereka berehat ditempat duduk yang cantik. Tidak panas terik dan tidak pula terlalu sejuk.
Dengan pohon-pohon rimbun berdekatan dengan buah ranum senang dipetik.
Diedarkan kepada mereka bejana perak dan gelas-gelas cantik.
Yang diatur rapi.
Dan mereka meminum arak*, dibuat dengan Zngvila.
Dari mataair Slsvila.
Berlari-larian dikeliling mereka anak-anak yang kekal. Apabila kamu melihat mereka, kamu ingat mereka adalah mutiara yang bertaburan.
Apabila kamu melihat keadaan disana, kamu akan melihat kenikmatan dan Kerajaan Syurga Agung (MLKA KBIR) itu".
Ilqrin 76:12-20.
"Kerana dia menanti kotaraya yang mempunyai dasar, yang diRancang dan diBangun oleh Tuhan", Ibrani 11:10. Bayangkan betapa canggih dan indahnya kotaraya sangat besar SLM yang diRancang dan Dibangun oleh Jurutera dan Arkitek yang Sungguh Pakar dan Kreatif (ILLH) Sendiri; Jurutera, Arkitek dan Pencipta semua perkara. Apa yang anda boleh bayangkan adalah kurang dari yang sebenar. Ayat diatas juga menerangkan yang Utopia dajal-dajal tidak mempunyai dasar (ruang kosong).Nota : * Dajal-dajal membohongi Umat Manusia Muslim bahawa arak itu haram untuk diminum. Mereka juga berbohong yang cara hidup didunia dan diakhirat berbeza. Satu-satunya cara hidup untuk orang-orang didunia dan akhirat dari ILLH ialah Kebenaran (IS - 'Sembah ILLH, Kasihi yang lain' atau 'Kerajaan Syurga untuk Ramai').
|
Laman ini membahagikan
orang kepada DUA golongan |